fbpx

SHAH ALAM, 25 April 2022 – Puan Nurul Fairuz Mohd Razuan bersama 19 orang krew Cuckoo hadir ke tapak pembinaan Kompleks Sekolah Ibn Khaldun hari ini untuk menghulurkan sumbangan daripada Cuckoo International (M) Sdn Bhd Cawangan NL60 Subang kepada dana pembinaan kompleks ini.

Dalam pertemuan ringkas ini, Pengerusi Dana Pembinaan Kompleks Sekolah Ibn Khaldun, Encik Mohammed Badri Abd Shukor sempat merakamkan jutaan terima kasih atas inisiatif yang lakukan oleh Puan Fairuz dan rakan-rakan yang lain dalam membantu pengumpulan dana pembinaan Kompleks Sekolah Ibn Khaldun ini.

Beliau juga mendoakan kesejahteraan serta diberikan kebaikan kepada team Cuckoo Cawangan Subang.

Jom bersama kami, jayakan projek pembangunan ini.
“Sumbangan hari ini untuk generasi masa hadapan.”

RM4.6 juta

Dana diperlukan untuk kos pembinaan
Bangunan Serbaguna 3 Tingkat

7% funded
RM328,337.56 raised from RM4,673,900.00