Rebut Pahala 10 Malam Terakhir Ramadan 1445H
Daripada Abdullah Ibn Umar RA, beliau berkata bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
تَحَيَّنُوا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ
Maksudnya: Carilah lailatul qadr itu pada 10 malam yang terakhir (bulan Ramadhan).
Hadis Riwayat Muslim (1165)
Jom gandakan amalan kita di 10 Malam Terakhir Ramadan 1445 dengan memperbanyakkan Solat Malam, Tilawah Al-Quran dan Sedekah.
Peluang yang ada hanya sekali. Kerana kita tidak tahu apakah kita akan bertemu lagi pada Ramadan akan datang.
Jom menyumbang kepada Pembangunan Sekolah Ibn Khaldun. Moga sedekah yang diberikan oleh para dermawan menjadi pahala yang mengalir selagi mana bangunan ini dimanfaatkan untuk membina generasi masa hadapan yang beradab, pencinta ilmu dan Al-Quran.