Laporan Kerja-kerja Pembinaan: Kompleks Sekolah Ibn Khaldun
Perkembangan 23 Disember 2022
Kerja-kerja Anti termite treatment pagi tadi.Pemantauan kerja dibuat oleh Jurutera tapak Ir Hassan Mohd Ali dan Ir Mokhtar Abu Bakar.
Perkembangan 16 Disember 2022
Pemeriksaan bersama kontraktor dan Jurutera Tapak Ir Hasan keatas besi tetulang dan f/work pile cap sebelum kerja konkrit dimulakan
Perkembangan 02 Disember 2022
Alhamdulillah sehingga 2 Disember 2022. Kerja kerja sub structure giat berjalan untuk fasa 1. Aktiviti harian di tapak berjalan seperti yang dirancang dengan iringan doa tuan puan jua.
Perkembangan 15 November 2022
Alhamdulillah , dilaporkan oleh Jurutera tapak bahawa sasaran 20% kerja untuk fasa 1 sehingga akhir bulan November 2022. Pengerusi pula memohon agar semua ahli jawatankuasa sentiasa beristigfar , bertaubat , berdoa dan bersabar.Serahkan segalanya pada Allah setelah...
Penyerahan Tapak Fasa 1 Kepada Kontraktor Pembinaan
Alhamdulillah selesai mesyuarat Penyerahan Tapak Fasa 1 kepada kontraktor pembinaan. Pelbagai agenda dibincangkan bagi menyelaras kerja yang dijangka pada awal November 2022.
Perkembangan 16 Ogos 2022
Laporan ringkas projek ditapak selepas Penanaman Cerucuk fasa 1 tamat Kerja membina sub Base jalan 9/8-kerja pancang tanda ditapak. 10/8-bahan tambak mula sampai ditapak 14/8-mesin excavator sampai ditapak 15/8-kerja mengorek dan menambak Base jalan mula. Kerja...
Alhamdulillah, Kerja Pemasangan Cerucuk Fasa 1 Telah Selesai 🚩
Alhamdulillah, kerja pemasangan cerucuk fasa 1 telah selesai sepenuhnya pada 14 Julai 2022.
Perkembangan 01 Julai 2022
Hari Ini dimaklumkan oleh Jurutera Tapak Tn Hj Mokhtar bahawa kerja-kerja cerucuk akan disambung semula setelah tergendala akibat pembaikan struktur tanah yang mengambil masa 2 minggu. Sambungan point yang ke 59 diteruskan hari ini dengan harapan dapat disiapkan dalam...
Perkembangan 28 Jun 2022
Harap ini adalah hari terakhir bagi kerja membaiki struktur tanah.Hujan yang berterusan dan cuaca yang mendung amat mendebarkan di tapak kerja. Hanya kepadamu ya Allah kami serahkan urusan kami.Permudahkanlah urusan kami.
Perkembangan 21 Jun 2022
Alhamdulillah 50% dah siap untuk kerja menambak. Dalam musim hujan ia akan memberi kesan pada kelewatan kerja cerucuk. Kepada Allah kami berserah dan semoga dimudahkan urusan ini.
Perkembangan 17 Jun 2022
Allah uji dengan masalah dilapangan dan Insya Allah, Allah jua yang memberi kemudahan dan jalan keluar.
Kerja-kerja Pemasangan Asas Cerucuk
Kerja-kerja pemasangan asas cerucuk telah bermula. Perkembangan Terkini : 08 Jun 2022Kejayaan Penanaman Cerucuk : 27/97 pointPurata Kedalaman Point : 23meter - 24meter