fbpx

SHAH ALAM – Majlis Pelancaran Projek Pembinaan Kompleks Sekolah Ibn Khaldun (MPPPKSIK) telah diadakan di perkarangan Sek. Men. Ibn Khaldun pada 19 Mac 2022.

Majlis telah dirasmikan oleh Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni,Ahli exco kerajaan negeri selangor juga merangkap pengerusi jawatankuasa tetap hal agama islam,hal ehwal pengguna & industri halal.turut serta bersama, En. Azharuddin Abdul Rahman selaku penghulu Kg. Jalan Kebun,Hj Ismail @ Saime bin Zakaria selaku Ahli majlis MPP dan seluruh AJK Kg. Jalan Kebun yang turut menyertai Majlis pelancaran.

Turut diadakan, gimik pelancaran bagi simbolik kepada majlis pelancaran serta bacaan Al-Quran dan doa bagi memberkati majlis.Pihak lembaga pengarah juga telah menyerahkan cenderahati kepada YB Zawawi diatas kesudian belian meluangkan masa bagi memenuhi jemputan.

PIhak Sekolah Ibn Khaldun mengucapkan ribuan terima kasih diatas semua yang hadir pada majlis pelancaran tersebut serta barisan AJK yang telah bertungkus-lumus dalam membuat persiapan bagi menjayakan program pada hari tersebut.

RM4.6 juta

Dana diperlukan untuk kos pembinaan
Bangunan Serbaguna 3 Tingkat

7% funded
RM328,337.56 raised from RM4,673,900.00