Sebanyak 24 pallet batu-bata pasir dan 24 pallet tanah liat telah tiba di tapak pembinaan Kompleks Sekolah Ibn Khaldun. Batu-bata ini adalah hasil wakaf yang diberikan tuan/puan yang dermawan. untuk makluman, batu bata yang digunakan ini telah mendapat kelulusan dan pensijilan selamat dan layak digunakan mengikut piawaian yang telah ditetap oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta SIRIM QAS International.
Berikut Sijil Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta SIRIM QAS International.
Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada tuan/puan yang dermawan, semoga Allah mudahkan urusan dan luaskan rezeki tuan serta melimpah ruahkan pahala sepanjang bangunan ini digunakan untuk beribadah dan menuntut ilmu kerana Allah swt.